Tiny Techies (Animasi Python Siri 2)
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Animasi Python Siri 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.
Topik kali ini memberi pendedahan lanjutan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan menggunakan bahasa Python melalui pembangunan animasi yang kreatif dan interaktif. Peserta akan mempelajari cara menggunakan kod untuk menghasilkan pergerakan, kawalan objek dan kesan animasi mudah sambil meningkatkan kemahiran logik, penyelesaian masalah dan pemikiran komputasional. Modul ini turut menggalakkan kreativiti, minat terhadap teknologi serta keyakinan dalam meneroka dunia pengaturcaraan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: